Monday 15 April 2013

C I N T E

Assalamualaikom and slamat sjahtera kpd semua yg bce status ni.. Firstly aq nk kongsikn pngalaman aq dngan korang tntang CINTA .. aq x tau nk bg tajuk nye ap, but ksahnye brmula dri sni.. dulunye aq trjumpe pompuan ni.. die pndang aq mcm die syok kat aq.. stiap kali aq lalu sbelah die, die senyum2.. aq pn buat x tau jer.. satu ari tu, die cube nsib die dngan minx kapel kat aq.. aq pikir pasal bnde ni  dekat2 dua ari tau.. bdknye cantek jugak.. tp aq x rse yg aq ngan die akn bahagia dan x akn kekal lame.. pade esok arinye, aq baru nk bg tau die yg aq x accept die to be my gf.. haha*lawak la*.. tetibe aq nmpak die bercumbe dngan laki laen.. kn aq dh kate td.. nsib baek lah aq pikir psl bnde ni dulu...

AQ NK NASIHATKN KORANG LA YG NK BRCINTE TU.. KNAL LA BTOL2 DULU BAKAL GF OR BF ANDA.. AND THEN PIKIR MASAK2 AP KEBAIKANNYE DAN KEBURUKKANNYE... 
GOOD LUCK..

UTK TATAPAN ANK-ANK YG DIKASIHI..


MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"
Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan
resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah
agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang
di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal
adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom
kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari
ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh
perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak
dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap
masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun
sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along
jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah
tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik
membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh
kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu
tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang
sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah
tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa
merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah
bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-
senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak
apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya
"Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka
di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat
nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang
sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat
balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-
anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-
anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?"
semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah
resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini
Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai
payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak
keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah
kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk
anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan
deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan
daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-
lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh
waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak
diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang
faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa
mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-
anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak
takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau
Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri
megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka
warnanya. Kereta warna merah bata, warna
kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak
Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus
rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak
Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak
Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk
meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak
sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak
Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda,
"Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak
kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak
bayangkan anak-anak Mak sedang gembira
menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak
Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di
kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak
akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak
seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan
anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari
mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi
perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak
Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak
berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama
Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang
tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung
seberang untuk mencari rebung. Mak hendak
masak rebung masak lemak cili api dengan ikan
masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh
anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh
Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak
tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak
akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput
Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang
datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon
berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah
susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat
saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan
sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita
mati kita masih ada peluang merasa anak-anak
mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah
hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di
hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke
pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak
Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik
dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak
sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di
sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu
nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan
macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-
anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak
semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak
dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon
untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah
untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya
hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada
sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu
anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat
mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan
menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?",
"Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak
ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada
setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak
sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada
orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog
sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi
kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa
Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat
hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak
kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam
itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok
Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil
ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta
Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.
Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana
Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah
sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata
orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung
resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah
saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari
isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat
sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan
deringan telepon panggilan dari ibu tanpa
berjawab?

Saturday 4 February 2012

Assalammualaikum
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim' 3x.
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut maulidur rasul. Aminn­

Thursday 26 January 2012

Today !

YES... AQ INGATKN BLE AQ DOK TSIK PTURI AQ XDPT KWN....  AD JGAK YG SDI BRKWN NGAN AQ... TP 1 JER AQ X SKE.... SBB DIE BDK2 ......TP  XKESAH LH. AD KWN JGAK  KN.... NNTI KLO DH LME DOK SNI .... DPT LH RAMAI SKIT......BAK KTE PEPATAH"SKIT2 LME2 JD BKIT"